Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun

Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali pertama menjelang sesi persekolahan 2011 telah dilangsungkan di Bilik Jupiter, Prime City pada 28 Disember. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Puan Hajjah Radziah Mahadi dan dihadiri oleh semua guru dan staf sekolah. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Hussien Mustaffa selaku bapa angkat kepada sekolah ini. Dalam majlis ini, beliau berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah dan seterusnya memberikan perangsang kepada semua warga sekolah ini agar sama-sama mengekalkan dan mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini.

Di akhir mesyuarat telah diadakan majlis perpisahan bagi guru-guru yang berpindah keluar serta penyampaian cenderamata kepada semua guru yang dikelolakan oleh Kelab Warga Sekolah,
Guru Besar bersama barisan GPK

Friday, December 24, 2010

Mesyuarat Pengurusan Majlis Kurikulum Bil. 1/2011

Kepada
Semua guru SK Bandar T6, Kluang

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Disember, 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Hjh Radziah Mahadi, Guru Besar SK Bandar T6

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
3. Perkara Berbangkit
4. Pesanan dari PPD / JPN
5. Pembentangan / Perbincangan:
5.1 Pencapaian UPSR 2010 dan headcount 2011.
5.2 Program Peningkatan Akademik 2011
5.3 Pengurusan Sistem fail dan minit mesyuarat.
5.4 Pelaksanaan Plan-J.
5.5 Headcount 2011

6. Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Guru Besar
SK Bandar T6, Kluang

Friday, December 3, 2010

Penyebaran KSSR Tahun Satu

Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM telah memuat naik segala dokumen berkenaan KSSR ke laman web http://www.moe.gov.my/bpk dan boleh diakses mulai 3hb Nov yg lepas.

Tuesday, November 30, 2010

Anugerah Kecemerlangan UPSR 2010

SK Bandar T6 telah menerima dua anugerah sempena majlis Profesionalisme Pengarah Pelajaran Johor bersama Pengetua dan Guru besarDaerah Kluang yang diadakan baru-baru ini bertempat di SM Sains Johor.

Anugerah yang diterima adalah :

1. % Cemerlang GPS
2. % Cemerlang Tertinggi

Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Bandar T6.

Wajah 2011

Bangunan tambahan 3 tingkat yang tergendala pembinaannya sejak dari tahun 2008 kini akhirnya dapat disiapkan dan dijangka akan mula digunakan menjelang sesi 2011.



Thursday, November 25, 2010

Pendaftaran tahun Satu dan Pra

Dimaklumkan bahawa tarikh PendaftaranTahun Satu dan Pra Sekolah telah dipinda dari tarokh asal iaitu 22 Disember 2010 ke tarikh baru pada 30 Disember 2010, jam 8.00 pagi.

Harap maklum.

Tuesday, November 23, 2010

Guru-guru 2010


Gambar kenang-kenangan tahun 2010

Guru Sesi Pagi 2010

Sesi Petang 2010

Friday, November 19, 2010

Pertukaran 2011

Guru-guru yang akan bertukar ke sekolah lain mulai Januari 2011.
1. Pn. Maimunah Zakaria
2. Pn. Madzlina Muhamad
3. En. Rosman Ab.Rahman
4. En. Mohd. Nizam Abu
5. Pn. Maizatul Akmar Che Ali
6. Pn. Siti Azizah Zakaria
7. Pn. Kamariah Hashim
8. Pn. Normaziyawati Matsom

Thursday, November 11, 2010

Senarai murid yang memperolehi 5A

Berikut adalah senarai pelajar yang berjaya memperolehi 5A dalam Peperiksaan UPSR 2010.
Tahniah diucapkan.

Keputusan Penuh UPSR 2010

Bilangan Calon : 219 orang

Bilangan 5A : 57 orang

Bilangan 4 A 1B : 16 orang

Keputusan UPSR 2010:

Keputusan UPSR 2010 bagi SK Bandar T6.
Calon yang berjaya mendapat 5A ; 57 orang. TAHNIAH!!!

Maklumat lanjut tentang keputusan penuh akan menyusul.

Friday, October 29, 2010

Masa Pembelajaran Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Ditambah Mulai 2011

Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar 'Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris' (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau memberitahu, bagi sekolah kebangsaan (SK), penambahan masa hanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari 240 kepada 330 minit seminggu bagi tahap satu manakala tahap dua dari 210 kepada 300 minit seminggu. Dan bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK), penambahan masa melibatkan kedua-dua mata pelajaran itu.

Di SJK, bagi Bahasa Inggeris penambahan masa untuk tahap satu adalah dari 60 kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua dari 90 kepada 120 minit seminggu. Bagi Bahasa Malaysia pula, untuk tahap satu ditambah dari 270 kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua dari 180 kepada 270 minit seminggu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa penambahan masa itu tidak akan menyebabkan sesi persekolahan dipanjangkan. Katanya, pihak kementerian juga akan mengolah kurikulum supaya ia menjadi lebih kreatif bagi memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan.

(Diterbitkan oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat)

Tuesday, September 21, 2010

Sekitar Peperiksaan UPSR 2010

Solat Hajat dan Bacaan Yassin sebagai usaha terakhir menjelang peperiksaan UPSR....


Memohon restu dari guru-guru


Terima kasih cikgu....






YB ADUN Kahang turut sama di hari pertama peperiksaan...


Sunday, August 1, 2010

Hari ko Kurikulum

Sekitar Hari kokurikulum pada 31 Julai 2010




Gerai-gerai jualan yang menyediakan beraneka juadah dan barangan


Pertandingan mewarna, karaoke lagu patriotik,pertandingan catur dan pakaian beragam oleh murid-murid...


Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah bawah 11 tahun dimenangi oleh pasukan Spain.


Sebahagian daripada peserta Pakaian Beragam.

lagi gambar-gambar sekitar hari ko Kurikulum 21010