Saturday, May 22, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri


Kluang, Sabtu,22 Mei - Pertandingan Kawad kaki Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Dataran SK Bandar T6 hari ini. Kedua-dua pasukan kawad kaki sekolah ini iaitu TKRS (Lelaki) dan Pengakap (perempuan) telah mewakili daerah Kluang ke peringkat negeri.

Kedua-dua pasukan kawad kaki ini telah mempamerkan persembahan mereka yang diadili oleh pegawai-pegawai dari Unit Ko kurikulum JPN yang diketuai oleh Ketua Unit Kokurikulum, Tn. Hj. Kamarudin Mohd Tahir,Penyelia Unit Ko Kurikulum, En Rosli Tumiran, dan En. Mohd Khir Hj Muda selaku Pengerusi Teknik Kawad Kaki Negeri. Turut hadir ialah wakil dari PPD Kluang, En Joehardi Parjo dan En. Parmin Radi , Pengerusi Teknik Daerah Kluang.




Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Free slideshow customized with Smilebox

Thursday, May 20, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Majlis diadakan di Dataran Perhimpunan pada pagi Isnin 17 mei. Antara pengisian majlis ialah ucapan Guru Besar, membaca perutusan dari KPM dan Menteri Pendidikan dan melafazkan Ikrar Guru. Nyanyian Lagu wajib hari Guru , "Kami Guru Malaysia" dengan diiringi kumpulan pancaragam sekolah di bawah pimpinan En. Firdaus.


Bacaan ikrar diketuai oleh GPK Petang,

Nyanyian Guru Malaysia




Acara memotong kek dilakukan oleh Hjh Radziah Mahadi. Turut sama dalam gambar ialah GPK 1, En Alias dan GPK HEM, En Kamarodin.

Acara diakhiri dengan semua murid berbaris untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat hari Guru..

JAMUAN jangan lupa.... banyak gak anugerah yang disampaikan. Tahniah kepada yang menerima anugerah dan juga yang dapat bawa balik hamper...





Gotong-royong Sempena Hari Guru

Sempena sambutan Hari Guru 2010, satu majlis gotong-royong telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Mei, 2010. Semua warga sekolah serta AJK PIBG turut sama menyertai gotong-royong ini.
Di antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan bilik darjah, mengecat, menurap lantai bilik darjah,serta menanam bunga.

Aktiviti utama pada hari tersebut ialah membina laluan pejalan kaki menggunakan simen konkrit yang telah disumbangkan oleh salah seorang penduduk di sini. Dengan siapnya laluan ini, ianya akan memberi kemudahan kepada murid-murid sekolah ini yang menggunakan laluan ke pintu ke dua untuk pergi dan balik setiap hari.










Friday, May 7, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010


Tarikh : 2 April, 2010

MAKLUMAN PEMBATALAN PINDAAN TARIKH CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimaklumkan bahawa tarikh cuti penggal persekolahan tidak berubah dan mengikut seperti yang asal iaitu pada 7 Jun 2010 (Isnin) hingga 18 Jun 2010 (Jumaat). Tuan/puan boleh memuat turun surat daripada Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

muat turun di sini