Thursday, May 20, 2010

Gotong-royong Sempena Hari Guru

Sempena sambutan Hari Guru 2010, satu majlis gotong-royong telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Mei, 2010. Semua warga sekolah serta AJK PIBG turut sama menyertai gotong-royong ini.
Di antara aktiviti yang dilakukan ialah membersihkan bilik darjah, mengecat, menurap lantai bilik darjah,serta menanam bunga.

Aktiviti utama pada hari tersebut ialah membina laluan pejalan kaki menggunakan simen konkrit yang telah disumbangkan oleh salah seorang penduduk di sini. Dengan siapnya laluan ini, ianya akan memberi kemudahan kepada murid-murid sekolah ini yang menggunakan laluan ke pintu ke dua untuk pergi dan balik setiap hari.










No comments:

Post a Comment