Saturday, May 22, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri


Kluang, Sabtu,22 Mei - Pertandingan Kawad kaki Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Dataran SK Bandar T6 hari ini. Kedua-dua pasukan kawad kaki sekolah ini iaitu TKRS (Lelaki) dan Pengakap (perempuan) telah mewakili daerah Kluang ke peringkat negeri.

Kedua-dua pasukan kawad kaki ini telah mempamerkan persembahan mereka yang diadili oleh pegawai-pegawai dari Unit Ko kurikulum JPN yang diketuai oleh Ketua Unit Kokurikulum, Tn. Hj. Kamarudin Mohd Tahir,Penyelia Unit Ko Kurikulum, En Rosli Tumiran, dan En. Mohd Khir Hj Muda selaku Pengerusi Teknik Kawad Kaki Negeri. Turut hadir ialah wakil dari PPD Kluang, En Joehardi Parjo dan En. Parmin Radi , Pengerusi Teknik Daerah Kluang.




Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Free slideshow customized with Smilebox

No comments:

Post a Comment