Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun

Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali pertama menjelang sesi persekolahan 2011 telah dilangsungkan di Bilik Jupiter, Prime City pada 28 Disember. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Puan Hajjah Radziah Mahadi dan dihadiri oleh semua guru dan staf sekolah. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Hussien Mustaffa selaku bapa angkat kepada sekolah ini. Dalam majlis ini, beliau berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah dan seterusnya memberikan perangsang kepada semua warga sekolah ini agar sama-sama mengekalkan dan mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini.

Di akhir mesyuarat telah diadakan majlis perpisahan bagi guru-guru yang berpindah keluar serta penyampaian cenderamata kepada semua guru yang dikelolakan oleh Kelab Warga Sekolah,
Guru Besar bersama barisan GPK

Friday, December 24, 2010

Mesyuarat Pengurusan Majlis Kurikulum Bil. 1/2011

Kepada
Semua guru SK Bandar T6, Kluang

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Disember, 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Hjh Radziah Mahadi, Guru Besar SK Bandar T6

Agenda mesyuarat:

1. Ucapan pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
3. Perkara Berbangkit
4. Pesanan dari PPD / JPN
5. Pembentangan / Perbincangan:
5.1 Pencapaian UPSR 2010 dan headcount 2011.
5.2 Program Peningkatan Akademik 2011
5.3 Pengurusan Sistem fail dan minit mesyuarat.
5.4 Pelaksanaan Plan-J.
5.5 Headcount 2011

6. Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Guru Besar
SK Bandar T6, Kluang

Friday, December 3, 2010

Penyebaran KSSR Tahun Satu

Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM telah memuat naik segala dokumen berkenaan KSSR ke laman web http://www.moe.gov.my/bpk dan boleh diakses mulai 3hb Nov yg lepas.