Monday, January 24, 2011

Kursus Kepimpinan

Pada 22 Januari, berlangsung dua kursus kepimpinan peringkat sekolah yang melibatkan dua unit utama iaitu unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum.

Kurusu Kepimpinan Pengawas anjuran unit HEM telah berlangsung di Kem kaizen, Gunung Pulai dari 21 hingga 23 Januari manakala Kursus Kepimpinan untuk pemimpin-pemimpin unit Kokurikulum telah diadakan bertempat di sekolah ini pada 22 Januari, 2011.


Friday, January 21, 2011

Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang dan bantuan Murid Miskin Parlimen Sembrong

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang Parlimen Sembrong telah berlangsung di dewan sekolah ini pada Jumaat 22 Januari. Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn selaku Ahli Parlimen Sembrong telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. Beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dari SJKC dan SJKT serta sekolah menengah. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Pengetua dan Guru Besar dari sekolah dalam kawasan Parlimen Sembrong.

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan Murid Tahun Satu

Seramai 146 orang murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan 2011 dan ditempatkan ke lima buah kelas. Mereka akan melalui mingu transisi sehngga 14 Januari ini



.