Friday, January 21, 2011

Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang dan bantuan Murid Miskin Parlimen Sembrong

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang Parlimen Sembrong telah berlangsung di dewan sekolah ini pada Jumaat 22 Januari. Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn selaku Ahli Parlimen Sembrong telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. Beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dari SJKC dan SJKT serta sekolah menengah. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Pengetua dan Guru Besar dari sekolah dalam kawasan Parlimen Sembrong.

No comments:

Post a Comment