Wednesday, June 29, 2011

Lawatan Penanda Aras

Sekolah Kebangsaan Bandar T6 telah dikunjungi oleh pelawat dari luar pada hari selasa , 28 Jun.. Ianya merupakan Lawatan Penanda Aras yang disertai oleh 50 orang Guru Besar dari sekolah-sekolah Felda di seluruh Malaysia.

Sempena lawatan tersebut, para pelawat telah diberi taklimat tentang pelaksanaan Headcount dan Program UPSR 2010 dan 2011 oleh Guru Penolong Kanan 1, Encik Alias Idris.




Monday, June 27, 2011

Sekitar Majlis Jasamu DiKenang

Satu majlis jamuan perpisahan bagi meraikan pertukaran tiga orang guru sekolah ini telah diadakan baru-baru ini di Dewan Bandaran Kejora, Taman Sri Lambak. Guru-guru yang diraikan ialah:
1. Pn. Hjh. Radziah Mahadi - Guru Besar bertukar ke SK Jubli Intan Renggam

2. En. Abdul Malek Mohd Nor - ke SK Lelaki Bandar, Kluang

3. Pn. Nor Rulhaida Ibrahim - ke SK Lelaki Bandar (Pendidikan Khas)

Majlis turut dihadiri oleh wakli PPD, En. Roslee Mamat, Pengetua SMK Bandar T6, Tn. Hj. Abd Rahman, Naib Pengerusi JKKKMB, Tn Hj Ismail Long, YDP PIBG serta Ketua Pondok Polis Taman Sri Lambak.

Hadirin telah disajikan dengan persembahan muzik asli oleh murid-murid SK Bandar T6 di bawah pimpinan Encik Firdaus selain daripada persembahan slaid dan ucapan perpisahan oleh guru-guru yang terlibat.

Pertukaran Guru Besar


En Mohd Hanif Ghazali memulakan tugas sebagai Guru Besar SK Bandar T6 menggantikan Pn. Hjh Radziah Mahadi yang telah bertukar ke SK Jubli Intan Renggam bermula pada 27 Jun 2011. En Mohd Hanif sebelum ini merupakan Guru Besar SK Lelaki Bandar Kluang.

Friday, June 10, 2011

GOTONG-ROYONG PIBG



Semangat kerjasama dikalangan ibu bapa dan guru SK Bandar T6

Kerja-kerja mambaik pulih pondok menunggu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jasamu tidak terbalas.