Monday, June 27, 2011

Sekitar Majlis Jasamu DiKenang

Satu majlis jamuan perpisahan bagi meraikan pertukaran tiga orang guru sekolah ini telah diadakan baru-baru ini di Dewan Bandaran Kejora, Taman Sri Lambak. Guru-guru yang diraikan ialah:
1. Pn. Hjh. Radziah Mahadi - Guru Besar bertukar ke SK Jubli Intan Renggam

2. En. Abdul Malek Mohd Nor - ke SK Lelaki Bandar, Kluang

3. Pn. Nor Rulhaida Ibrahim - ke SK Lelaki Bandar (Pendidikan Khas)

Majlis turut dihadiri oleh wakli PPD, En. Roslee Mamat, Pengetua SMK Bandar T6, Tn. Hj. Abd Rahman, Naib Pengerusi JKKKMB, Tn Hj Ismail Long, YDP PIBG serta Ketua Pondok Polis Taman Sri Lambak.

Hadirin telah disajikan dengan persembahan muzik asli oleh murid-murid SK Bandar T6 di bawah pimpinan Encik Firdaus selain daripada persembahan slaid dan ucapan perpisahan oleh guru-guru yang terlibat.

No comments:

Post a Comment