Thursday, December 27, 2012

Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2013

Menjelang sesi persekolahan 2013, SK Bandar T6 telah mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah bagi sesi 2013 bertempat di Hotel Prime City Kluang pada 26 Disember 2012.
Mesyuarat telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Di akhir mesyuarat, Kelab Warga SK Bandar T6 telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan perpindahan dua orang kakitangan sekolah ini yang berpindah ke sekolah lain. Mereka yang diraikan ialah Encik Shafie Kasim yang bertukar ke SK Jubli Intan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Pembantu Tadbir, Encik Samsaimon Mohd Salleh yang bertukar ke SM Sains Sembrong.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.



Gambar oleh Mohd Yusri Abd Rahaman





No comments:

Post a Comment