Friday, December 28, 2012

Pendaftaran Pelajar Tahun 1 dan Pra Sekolah

Majlis Pendaftaran Tahun Satu dan Pra Sekolah telah berlangsung pada Jumaat 28 Disember 2012. Seramai 185 orang murid Tahun Satu dan 75 orang murid Pra Sekolah telah mendaftar bagi sesi 2013.
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat oleh pengurusan sekolah dan diikuti dengan pendaftaran serta pembayaran bagi pembelian peralatan sekolah. Pembahagian buku teks untuk Tahun Satu juga telah diadakan pada hari tersebut.




No comments:

Post a Comment