Thursday, November 6, 2014

Temasya Olahraga Tahunan Kali ke 12

Temasya Tahunan Kali Ke 12 telah dijalankan pada 6 November 2014 bertempat di padang SK Bandar T6. Temasya yang disertai oleh 4 buah pasukan yang terdiri daripada Rumah Syahbandar (Hijau), Bendahara (Kuning), Temenggong (Biru) dan Laksamana (Merah).

Rumah Syahbandar telah muncul selaku Juara Keseluruhan Temasya Olahraga Kali Ke 12 manakala Rumah Temenggong selaku naib johan. Tahniah diucapkan.


Monday, September 8, 2014

Selamat Menghadapi UPSR


Majlis Penyerahan Ilmu

Majlis Penyerahan Ilmu kepada calon-calon UPSR 2014 telah diadakan di dewan sekolah pada 8 September 2014. Majlis yang dihadiri oleh Tuan Guru Besar serta barisan Penolong Kanan dan guru-guru Tahun 6 menerima lafaz ikrar dari calon-calon UPSR.
Peperiksaan UPSR akan berlangsung dari 9 hingga 11 September.


Sunday, September 7, 2014

Bengkel LDP Guru-guru dan kakitangan SK Bandar T6

Bengkel LDP untuk guru-guru dan kakitangan  Sekolah kebangsaan Bandar T6  telah dijalankan pada 6 September di Bilik Mesyuarat SK Bandar T6. Antara pengisian ialah Taklimat dan Pengisian Data HRMIS yang telah disampaikan oleh Encik Osman Sawadi dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Dikuti pula selepas itu bengkel Pengurusan Aset yang telah disampaikan oleh PT SJKC Chong Wah 3.
Di majlis tersebut juga Tuan Guru Besar telah menyampaikan taklimat berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan akhir sekali Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PBPPP) yang telah disampaikan oleh PK HEM Encik Atan Ab Rahman.

Bengkel HRMIS

Pengurusan Aset

Taklimat PPPM oleh Tuan Guru Besar dan PBPPP oleh PK HEM



Antara sebahagian guru-guru dan kakitangan yang telah hadir.





Sunday, August 31, 2014

FLASH MOB MERDEKA : SK BANDAR T6 "DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"


Projek ini terlaksana dengan tujuan untuk memupuk semangat merdeka dan patriotisme di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid. Terima kasih di atas keterlibatan semua warga pendidik dan kakitangan sekolah di dalam menjayakan projek ini.

Thursday, August 28, 2014

Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka telah dijalankan pada 28 Ogos. Berbagai acara telah diadakan antaranya seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan murid, ucapan serta flashmob yang disertai oleh semua guru dan murid-murid .




Wednesday, August 27, 2014

PROGRAM SEHARI BERSAMA MURID LINUS 2.0 DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH 2014

Tarikh       :  27 Ogos 2014
Masa         : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat     : Blok B, SK Bandar T6, Kluang
Kehadiran : Semua guru Penyelaras LINUS dan guru pemulihan (sekolah terlibat) bersama murid Tahun 3 yang tidak menguasai konstruk 3 hingga konstruk 12.


Bengkel Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PBPPP) Daerah Kluang


Bengkel PraPelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat SK Bandar T6 pada 27 September. Bengkel telah dihadiri oleh semua Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah rendah daerah Kluang.
Sesi penerangan berkaitan dengan PBPPP ini telah disampaikan oleh Penolong PPD (Rendah) Daerah Kluang,Tuan Haji Hussin Mustafa,
Di akhir program telah diadakan sesi perbengkelan di kalangan peserta.



Sesi Pembentangan di penghujung bengkel.

Friday, August 8, 2014

Sambutan Aidil Fitri

Sambutan Aidil Fitri telah diadakan pada 7 Ogos 2014. Berbagai acara telah dijalankan termasuklah persembahan pentas oleh murid-murid dan kunjungan marhaban ke kelas-kelas.

Tuesday, March 4, 2014

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Renggam/Layang 2014

Kedudukan Akhir


Barisan atlit SK Bandar T6 bersama Guru Besar dan guru-guru pengiring serta jurulatih selepas tamat kejohanan.

Monday, March 3, 2014

Friday, February 28, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sekitar sambutan Majlis Maulidur Rasul dan Solat hajat yang diadakan pada 26 dan 27 Februari, 2014


Majlis Solat Hajat pada 26 February, 2014





Sunday, January 19, 2014

Jadual Waktu 2014

Format Jadual waktu kelas  untuk dipamerkan di kelas masing-masing. Rekabentuk oleh  En Norzaidi, Pegawai Maklumat PPD Kluang.

Sampel Jadual Sesi Pagi

Sampel Jadual Sesi Petang

Wednesday, January 8, 2014

Panduan Pemakaian Uniform dan Pangkat TKRS



KATEGORI PEGAWAI KRS

Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza.

Pegawai Latihan


Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah..


Pegawai Pengurusan

Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.
Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.



Pemakaian Pangkat Pengurusan di Sekolah

Sekolah Rendah
1. Guru Besar   - Komandan TKRS (Leftenan Kolonel)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS (Mejar)

Sekolah Menengah
1. Pengetua  - Komandan KRS (Leftenan Kolonel)
2. Semua Penolong Kanan  - Timbalan Komandan KRS (Mejar)
3. Semua Ketua Bidang  - Penolong Komandan KRS (Kapten)


JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
    Uniform No2 - Pakaian untuk acara rasmi.Bush Jacket KRS digunakan.
    Uniform No3 - Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah.
    Uniform No4 - Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan.

Catatan : Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian




Sumber: sekolah4u.blogspot.com

Friday, January 3, 2014

Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia dan Program Membudayakan Al-Quran

SUKJ Bahagian Pengurusan: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada hari Ahad.

Arahan pemakaian batik pada setiap hari Ahad ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan pakai seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan jenis pakaian lain.

Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan keputusan ini kepaad semua anggota di bawah seliaannya serta memastikan supaya arahan ini dipatuhi sewajarnya.

Dengan berkuatkuasanya surat arahan ini maka surat pentadbiran ini bil.SUKJ.99/7(11) bertarikh 20 Julai 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2008 para 4 adalah dibatalkan.


SUKJ Bahagian Pengurusan: Program Membudayakan Al-Quran
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Program membudayakan Al-Quran diadakan pada hari Khamis dengan berpakaian baju Melayu.

Thursday, January 2, 2014

Perubahan nama kelas

Berkuatkuasa pada 2 januari, 2014, nama-nama kelas telah ditukarkan seperti berikut:

Kelas CEKAL ditukar  kepada ARIF
Kelas GIGIH ditukar  kepada BIJAK
Kelas YAKIN ditukar  kepada CERDIK
Kelas AZAM ditukar  kepada DEDIKASI
Kelas USAHA ditukar  kepada EFEKTIF
Kelas TABAH ditukar  kepada FOKUS

Pertukaran ini meliputi semua kelas thn 1 hingga thn 6.