Sunday, January 19, 2014

Jadual Waktu 2014

Format Jadual waktu kelas  untuk dipamerkan di kelas masing-masing. Rekabentuk oleh  En Norzaidi, Pegawai Maklumat PPD Kluang.

Sampel Jadual Sesi Pagi

Sampel Jadual Sesi Petang

Wednesday, January 8, 2014

Panduan Pemakaian Uniform dan Pangkat TKRS



KATEGORI PEGAWAI KRS

Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza.

Pegawai Latihan


Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah..


Pegawai Pengurusan

Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.
Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.



Pemakaian Pangkat Pengurusan di Sekolah

Sekolah Rendah
1. Guru Besar   - Komandan TKRS (Leftenan Kolonel)
2. Semua Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS (Mejar)

Sekolah Menengah
1. Pengetua  - Komandan KRS (Leftenan Kolonel)
2. Semua Penolong Kanan  - Timbalan Komandan KRS (Mejar)
3. Semua Ketua Bidang  - Penolong Komandan KRS (Kapten)


JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
    Uniform No2 - Pakaian untuk acara rasmi.Bush Jacket KRS digunakan.
    Uniform No3 - Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah.
    Uniform No4 - Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan perkhemahan.

Catatan : Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian




Sumber: sekolah4u.blogspot.com

Friday, January 3, 2014

Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia dan Program Membudayakan Al-Quran

SUKJ Bahagian Pengurusan: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada hari Ahad.

Arahan pemakaian batik pada setiap hari Ahad ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan pakai seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan jenis pakaian lain.

Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan keputusan ini kepaad semua anggota di bawah seliaannya serta memastikan supaya arahan ini dipatuhi sewajarnya.

Dengan berkuatkuasanya surat arahan ini maka surat pentadbiran ini bil.SUKJ.99/7(11) bertarikh 20 Julai 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2008 para 4 adalah dibatalkan.


SUKJ Bahagian Pengurusan: Program Membudayakan Al-Quran
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Program membudayakan Al-Quran diadakan pada hari Khamis dengan berpakaian baju Melayu.

Thursday, January 2, 2014

Perubahan nama kelas

Berkuatkuasa pada 2 januari, 2014, nama-nama kelas telah ditukarkan seperti berikut:

Kelas CEKAL ditukar  kepada ARIF
Kelas GIGIH ditukar  kepada BIJAK
Kelas YAKIN ditukar  kepada CERDIK
Kelas AZAM ditukar  kepada DEDIKASI
Kelas USAHA ditukar  kepada EFEKTIF
Kelas TABAH ditukar  kepada FOKUS

Pertukaran ini meliputi semua kelas thn 1 hingga thn 6.