Friday, January 3, 2014

Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia dan Program Membudayakan Al-Quran

SUKJ Bahagian Pengurusan: Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada hari Ahad.

Arahan pemakaian batik pada setiap hari Ahad ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan pakai seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan jenis pakaian lain.

Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 dan Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan keputusan ini kepaad semua anggota di bawah seliaannya serta memastikan supaya arahan ini dipatuhi sewajarnya.

Dengan berkuatkuasanya surat arahan ini maka surat pentadbiran ini bil.SUKJ.99/7(11) bertarikh 20 Julai 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2008 para 4 adalah dibatalkan.


SUKJ Bahagian Pengurusan: Program Membudayakan Al-Quran
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah bertitah pada 23 November 2013 di Majlis Teriman sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa pada 1 Januari 2014.

Berikutan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bermesyuarat pada 18 Disember 2013 telah bersetuju supaya Program membudayakan Al-Quran diadakan pada hari Khamis dengan berpakaian baju Melayu.

No comments:

Post a Comment