Friday, June 4, 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti selama 2 minggu kepada semua murid SK Bandar T6......
Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010.

Majlis Perpisahan

Sempena pertukaran Cikgu Azriesham ke SK Jeram Batu, satu majlis jamuan ringkas telah dianjurkan oleh guru-guru sesi petang pada 4 Jun 2010. Majlis jamuan dan ucapan tersebut diadakan pada waktu rehat yang turut dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Petang, Encik Atan Ab Rahman. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan selamat bertugas ke sekolah baru dan berharap agar Encik Azriesham akan terus mengekalkan kecemerlangan beliau di sana. Encik Azriesham pula dalam ucapan balas belaiu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan kerana memberi sokongan kepada beliau selama ini dan seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepada semua warga SK Bandar T6. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Encik Azriesham sebagai tanda kenang-kenangan dari guru-guru sesi petang SK Bandar T6.

Wednesday, June 2, 2010

Majlis Sumbangan Kerusi Roda

Satu majlis penyampaian kerusi roda telah diadakan di SK Bandar T6. Sumbangan ini merupakan satu inisiatif dari Jabatan Ilmu Pendidikan Kampus Institut Perguruan Temenggung Ibrahim yang giat mengadakan amal kebajikan melepasi sempadan geografi, etnik dan agama. Sumbangan ini juga merupakan rentetan daripada kunjungan Pn. Hjh. Besah Mohd Rasim ke kelas Pend. Khas yang menyedari akan keperluan kerusi roda untuk adik Harinath.Kerusi roda tersebut disumbangkan khas untuk murid pendidikan khas yang setiap hari terpaksa didukung oleh ibunya iaitu adik Harrinath A/L Puspanathan ke sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Dr Hilmi bin Ahmad Shaghir, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Kampus IPG Temenggong Ibrahim bersama pensyarah-pensyarah jabatan tersebut. Warga SKBT6 sangat terharu dengan sumbangan tersebut dan amat bersyukur dengan keprihatinan mereka.


Tuesday, June 1, 2010

Pertukaran


En Azriesham Ismail akan mula bertukar ke SK Jeram Batu Pontian bermula 1 jun, 2010. Beliau juga merupakan pengasas kepada blog ini dan salah seorang moderator untuk blog skbandart6. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru dan kehilangan beliau amat dirasai oleh warga sekolah ini.