VISI DAN MISI




FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH

  1. Sentiasa memberi keutamaan kepada semua kemahiran dan kebolehan murid supaya terus berkembang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Berbekalkan tenaga pengajar yang berkebolehan tinggi, cekap, bersemangat dan mempunyai latarbelakang pendidikan, ditambah dengan kemudahan yang ada, sekolah mampu membimbing dan melahirkan pelajar yang berakhlak serta intelek supaya dapat berbakti kepada Agama, Bangsa, Masyarakat dan Negara.
MATLAMAT SEKOLAH

SKBT6 berhasrat melahirkan insan cemerlang dan berdaya tahan, tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian Wawasan 2020 sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.


OBJEKTIF SEKOLAH

SKBT6 berharap dapat:
  1. Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
  2. Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu, kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celik sains dan teknologi.
  3. Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi.


VISI SEKOLAH

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"



MISI SEKOLAH

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"


PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Sekolah Kebangsaan Bandar T6,
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan
menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :
  1. Mewujudkan perkhidmatan yang mesra, cekap dan dinamik.
  2. Melaksanakan program bagi perkembangan mental, emosi, fizikal, rohani dan bakat pelajar secara menyeluruh.
  3. Mewujudkan budaya ilmu yang kreatif lagi inovatif.
  4. Menjadikan dedikasi, tanggungjawab, kreatif dan inovatif sebagai budaya kerja kami.
  5. Melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan, bertanggungjawab dan cinta negara.
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
  7. Mewujudkan persekitaran yang ceria dan mesra alam.
FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN

  • GURU BESAR YANG BERKESAN
  • SEKOLAH YANG BERKESAN
  • GURU YANG PROFESIONAL
  • KURIKULUM YANG RELEVAN
  • SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
  • PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
  • PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESAN SISTEM PENTADBIRAN
  • PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF
  • PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT