SEJARAH PENUBUHAN


Sekolah Kebangsaan Bandar T6 telah dibuka pada 1 Mac 2002. Penubuhan sekolah ini adalah berikutan lahirnya sebuah taman perumahan yang besar di kawasan Johor Tenggara iaitu Taman Sri Lambak, Kluang. Jarak antara sekolah ini dan Bandar Kluang ialah 13 Km. Pada awal pembinaannya kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, surau, bilik kesihatan, makmal sains, bilik kaunseling kedai buku, bilik guru, bengkel kemahiran hidup dan stor am.

Sekolah ini telah dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimulakan pada tahun 1999 dengan nilaian projek kurang 2.5 juta dan pemajunya ialah Shaza Builders Sdn. Bhd. Sekolah ini terletak di Jalan Kluang- Bandar Tenggara dengan keluasan tapak 6 ekar. Pada tahun 2008 tambahan 1 blok bangunan 3 tingkat mula dibina untuk menampung bilangan pelajar sekolah yang semakin bertambah dan masih dalam peringkat pembinaan.Pada awal pembinaannya kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, surau, bilik kesihatan, makmal sains, bilik kaunseling, kedai buku, bilik guru, bengkel kemahiran hidup dan stor am.

Lokasi sekolah yang terletak di antara Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6 dan bangunan rumah guru, menyebabkan institusi pendidikan ini mudah untuk dicari oleh mana-mana pelawat. Semasa sekolah ini dibuka pada tahun 2002, jumlah pelajar hanyalah 802 orang dengan bilangan guru seramai 25 orang. Pada tahun berikutnya pertambahan pelajar meningkat kepada 1100 orang pelajar dan jumlah guru meningkat 100%. Semenjak dari itu, jumlah keseluruhan pelajar sentiasa melebihi 1200 orang dan kini pada tahun 2010 jumlah keselruhan guru yang berkhidmat adalah seramai 82 orang.